Thursday, October 21, 2010

The Chimney @ Tanjung Kubong Labuan

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney’ dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney’ dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney’ masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney’. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney’ telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

ni la menara chimney..org dedulu guna ni sebagai rumah api, penunjuk arah utk kapal2 nak berlabuh kat labuan...

ni tangga nak ke atas chimney tu...utk pasang api la kot kaaan...

ni ai la posing depan chinmey....lihat lah diri ku ...selim kan...hua huaa huaaa....perasan abis...

Gitu lah kisahnya pasal chimney...



Photobucket

Wednesday, October 20, 2010

Trip To Labuan - Part 2

Ni 2nd day kat Labuan pulak...jalan2 kat bandar Labuan...bukan besor benor sangat pon Labuan ni...ko pusing2 situ gak...ko sesat barat pon...ko akan jumpa gak jalan pulang ...so jgn le wisau ek...

tengok la budak dua badik ni...cik ain kekonon nak bergambar mesra la ngan cik alya...sikit punya sengih cik ain...tp cik alya nampak sangat sengih dlm terpaksa...purak2 saja...nak amik hati akak dia la tuu..

ni gambar kat chimney Labuan...berdekatan dgn bekas lombong arang batu zaman dedulu....nak tau apa dia Chimney...jap lagi ai citer ek...

ish yg belakang tu nampak nau overnya...posing mengelitis...hehehehe

dalam lombong arang batu...scary gak...w/pon just replika je...hazab jugak le org dedulu koje kat dlm ni...

Serba sedikit kisah kami sekeluarga bercuti di Labuan...tak der la menarik sangat..tp amat bermakna utk kami coz suka tengok anak2 gembira.



Photobucket

Tuesday, October 19, 2010

Trip To Labuan - Part 1

Cuti raya hari tu panjangkan...takkan nak dok kat kg je kan...mula la berfikir mana nak abiskan masa dan abiskan duit...hehhee...ikut kepala hotak aku yg tk berapa nak betul ni mcm nak gi kundasang sbb teringin nak gi Pine Resort tu...pastu nak berendam lagi kat hots spring ranau...pastu leh singgah kat gerai2 jual sayur kat kundasang...rindu permandangan kundasang yg mendamaikan...tp kalau suh aku dok situ selama2nya...huhuhuuhu...ai tak sanggup you...ai dah biasa hidup di kota metropolitan gituu...ceh ngada2 sekeh kang....

Di sbbkan dah pernah sampai Ranau n Kundasang...terpaksa la kansel plan ni...frust ai tau..berangan sudah nak berendam kat kolam air panas....nak bergambar kat gerai2 jjual sayur kat Kundasang itew.....tp nan hado je...hasrat ai tak kesampaian...hhuhuhuu....sebagai ganti en. papa cadang we all ke Labuan...emm ok jugak la kan...so sebulat suara la...akhir Labuan jadi pilihan....kita org tak pergi berempat...anak2 buah 2 orang dan MIL aku ikut sekali....sekali sekalakan...meriah sikit laa....

Esoknya pepagi lagi dah bangun...tp ya la...kat sana kan pepagikan sejuk...so jadi terlajak la...cadang nak keluar awal sbb nak kejar feri jam 8.30am kat Port Jesselton KK..tp apa nak buat kitaorg smpi lewat je sikit ...feri dah pon lepas...nak tak tak nak kena tggu feri kul 1.30pm...so menunggu la kitaorg dr kul 9am smpi kul 1.30pm...huhuhuuhu
ni kat area port la...biasa le bebudak ni asyik posing je kerja dorang...

posing lagi gitu..suka bebenor cik ain ngan cik alya..maklum le ada cousin dorang yg ngikut...idak ler mike bosan ek..dek kerana kebosanan menunggu feri selama 4 jam lebih tu...dorang abiskan le masa ngan sessi fotografi ...masa ni la ai wish ai ada DSLR...huuhh...

feri udah sampai....mcm feri langkawi kan...perjalanan dr KK ke Labuan mengambil masa selama 3 jam...bayangkan...ai tido bangun tk sampai lagi...tido lagi ...bangun tak sampai lagi...3 kali tido beb...baru la sampai...betapa bosannya...

kat area port...sebelum nak naik feri posing dulu....agenda wajib kheeeeeen...

sampai Labuan sudah...dah kul 4.30 pon kitaorg sampai ...gedeguk gedebak sampai hotel..kemas2 apa yg patut...rehat...mandi manda...kuar je dr hotel kul 6 lebih sudah...hari pon dah gelap.....1st day tu tak kemana2 le...just jalan2 cari makan je la...

2nd day....di sbbkan susah nak jln sana sini naik public transport...we all sewa le sebuah kereta gen2 ngan harga RM 100 utk satu hari...

2nd day ni dah kat War Memorial ...cam cuak gak le nak turun bergambar...actually tu bukan kubur sebenar pon ...just memorial....kat batu putih tu ada le tulis nama2 askar yg terkorban....

Setakat ni dulu la yer....part 2 akan menyusul kemudian...banyak sangat gambar..nak kena edit dulu...happy viewing....

Photobucket

Sunday, October 17, 2010

Raya 2010

Salam ceria buat semua...rindukan blog ai tak?? perasan la...sapa le nk baca blog ai yg nan hado ni kan...w/pon tk der org nak baca ia ttp nak story morry kenangan hari raya yg baru berlalu...punya la lama ai simpan gambar2 ni...malas tak terkata nak meng'hapdet' blog nan hado ni...tp demi tidak menghampakan semua ai hapdet la sikit2 ye...org kata ala kadar gitu....tahun ni ai beraya di kampung halaman en. papa di Kota Belud, Sabah...lama juga la kat sana...dlm 11 hari gitu...ent3 ni dah agak basi sikit...tp harap uols semua layaaaaaaaaaaan

ni gambar ai ngan en. papa di pagi hari raya..jgn di tanya mana anak2ku pergi...sesungguhnya mereka sedang leka bermain dan tk berminat nk bergambar ngan mak ayah mereka..hhuhuhuhuu...sedihkan

ni dia dua badik yg susah sangat nak bergambar..ntah bila la dorang posing berdua cam ni..elok lak tu dok atas tangga....kakak dan adik yg nampak sebaya dlm gambar...

ain n cousin irfan n cousin fadila

ain, alya, cousin irfan n cousin fadila

kawan bermain dan kawan bergaduh...hehehe

Ni je la gambar yg ai dpt hapdet...mato ai dah ngantuk ni...lenkai ai hapdet lagi....tunggu ent3 ai ke labuan pulak ye...tadaaaaaaaa


Photobucket

Sign My Guestbook