Wednesday, July 29, 2009

Rambut Ain dah panjang

Rambut cik ain dah panjang...dah bleh ikat tocang...tapi tocang secoit jer laa...maknya pulak yg excitedkan...dah lama nunggu rambut cik ain ni panjang...namum apakan daya...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..aku masa kecik2 dulu rambut sebijik cam cik ain..sampaikan mak aku tiap2 malam lumur minyak lenga (bijan)...org utara panggil lenga...:)...dek kerana minyak lengga la bila dah besar ni rambut aku hitam berkilat...dah tu lebat lak tuu....nak gak aku try buat kat rambut cik ain...tapi mcm tak sampai hati lak....tak per laa....biar je rambutnya panjang sendiri.....


suka la cik ain...tersenyum simpul lagi tuuu


sila tengok gambar cik ain jer yer...abaikan segala kesan contengan kat dinding tu...tu semua hasil kerja cik ain laaa


sekejap jer la cik ain nak ikat tocang....tak lama lepas tu ...jadi cam gambar kat bawah ni.....


aku : laaaa...naper ain buka tocang??
ain: kakak rimas laaa....( bleh ke dia jawab mcm ni)


Photobucket

Tuesday, July 28, 2009

Wedding Shakirah dan Khaireel@26/07/2009

Hari ahad lepas ada jemputan majlis perkahwinan ofismate aku kat KL...tp dia tak buat kat umah dia...buat kat dewan anjung sejarah bersebelahan dengan Hospital Pusrawi....ofismate aku ni perempuan dan aku agak rapat gak ler ngan dia...walaupon baru kenal tp kita org leh ngam...sampai ada staff2 kat ofis ni sangka kami berdua ni adik beradik ..apa taknya sepanjang masa kami pasti berdua...dahlah kita org ni sama tinggi ...tu yg ramai yg sangka kita org adik beradik....;)


Tengok budak berdua ni...dorang lak yg bersanding dulu...naper tepok dahi tu danish..???


ain: apsal awak tergaru garu ni?? tak mandi ke tadi??
danish: ishh apa la awak ni...kita mandi tauu...ibu kita siap spray perfume lagi....


danish: ok la awak..kita nak balik dahh...ibu dah panggil tu...peacee
ain: ok...nanti kita jumpa lagi yekk


Masa ni cik alya dah tido...tak peduli apa dah ....lantak korang ler...yg penting aku lena di ulit mimpi..


Ni la pasangan pengantinnya...sama cantik sama padan macam pinang di belah dua....ramai yg kata dorang berdua ni seiras...mcm adik ngan abang..'selamat pengantin baru utk keduanya..semoga jodoh berkekalan hingga akhit hayat'


Sebelum balik ambil kesempatan bergambar dgn pasangan pengantin...cik ain lak cam ala2 anak dara yg malu2 nak dok sebelah anak teruna...puas suruh dia dok sebelah danish ..buleh dia tak nak...berkeras nak dok sebelah aku gak...danish gak yg sporting..budak lelaki mana leh malu2 kan , wah ibu danish baju sama tema ngan pengantin...hehehhheheee

Photobucket

Lepak santai kakak dan adik

Dah macam marathon pulak aku hari ni...hari meng'update' blog tanpa henti utk dua minggu punya story ....rela tak kuar lunch tu....demi nak meng'update' blog punya pasal ..kang terasa perut lapar pandai2 le aku cari makan....
Weekend lepas sabtu ahad en. papa offday...hari sabtu tak ada apa2 aktiviti...hari kemas mengemas umah...ko kemas le jap lagi bersepah balik...ngan air tumpah laaa...serbuk2 biskut tercicir laaa...mainan bergelimpang sana sini...ngan bantal tido cik ain...di usung ke sana sini...rimas aku ...pagi tu tak breakfast kat mana...sarap kat umah jer...dapor tak rosak lak...hahahaaaa.....aku buat roti salut telur tu...ngan sosej goreng....cik alya kan main suka lagi ...tengok je ler cik alya bersantai sambil menikmati sarapan pagi....sila abaikan umah aku yg berselerak tuu...walaupon baru je berkemas jap tadi....


Masa ni aku dok bertungkus lumus buat roti telur, cik alya dah lapar...dia layan biskut duluuuu


Aku paling suka tengok gaya cik alya masa ni...bukan main lagi ...siap kaki atas kusi tuuu...memang santai sungguh ...


Datang lak si kakak nak enterprem...memasing ngan muka tak mandinyaa....


Sengih nampak cik alya...apa ler yg seronok sangat tu.....

Petang sikit kita org ke Sunway Kayangan, Shah Alam ...ada jemputan kenduri doa selamat kat umah cousin aku...tak sempat nak bergambar...maklum ler jumpa sedara mara...masa byk abis untuk acara berbual mesra....dah jumpa mak2 sedara sumer....tanya khabar memasing....kita org ni nama je dok kat area KL/S'gor...tapi jarang jumpa...jumpanya pon kalau ada kenduri kendara jer laa...tak pon ko tunggu hari raya ler jawabnyaa....masa tu meriah la sikit...
Sesat barat kita org ..mana tak nya silap jalan....aku dah kata bukit jelutong ni kat area puncak alam sana nun ....leh ikut NKVE jln yg sama nak ke stadium shah alam..tp en. papa berkeras gak nak ikut bukit kemuning...haaa amik ko...kena le patah balik....kalau tak dah lama dah sampai...dah kenyang perut......;)


Photobucket

Syoknyaaa dok umah ..

Weekend dua minggu lepas tak ada gi mana2 ...dok umah jer...maklum ler dah penghujung bulan ni...bulan dah gerhana teruk...better dok umah jer...kalau kuar window shopping pon bahaya jugak...apa taknya cik ain ni dia bukan kisah mak ayah dia ada duit ke tak?? asal dia nak barang tu..ko kena la jugak beli...kalau tak mau mengamuk lak....nak tak nak terpaksa la en. papa tenyeh duit plastik..


Tengok adik dah nak sama besar ngan kakak...tak lama lagi sure org akan sangka cik ain tu adik...mana tak nya si kakak ni kalau bab makan memang kurang sikit...jenuh paksa....tp kalau si adik tolak batu ngan kayu...semua dia hamtam...tu yg cepat besar tuuu...


Elok pula dorang dok bersanding berdua...kusi tu kena beli sorang satu...kalau beli satu jer alamat berebut la pulak...jenuh la aku nak jadi refree...


haaahh...kan dah gaduh...tu beli sorang satu tu...pon leh gaduh gak....


muka tak puas hati si kakak sebab kena marah ngan en. papa....

Photobucket

En3 caca marba ..jiwa kacau...

Jumpa lagi kita di ruangan ini...lamanya laa aku tak update blog ni kan???..banyak bahan2 tapi aku je yg malas nak godek2 blog ni...otak lak dah tepu....pastu jiwa kacau lakk....bukan apa sekarang ni kat opis meja aku dah tak strategik sangat untuk aku meng'update' blog...walaupon curi2 atau pon update di masa senggang...nak pakcik google pun dah payah...kalau nak update gak..kena la curi2 buat masa lunch time....minggu ni jer kot aku akan meng'update' blog dari ofis...bermula dari minggu depan dan seterusnya..insyaAllah aku akan meng'update' terus dari umah..heheheee al maklum laa dah pasang line streamyx...org lain dah berkurun pasang internet kat umah...yg aku lak baru sekarang terhegeh2 nak pasang...;)
Gambar2 cik ain ngan cik alya ni pon masa weekend dua minggu lepas...masa ni kita org kuar break fast ...aku ni asal weekend je dapur mmg kat luar umah ler...dapur kat umah tu tiap2 weekend sure rosak kata en. papa laa...perli aku la tuuu....selalunya kita org breakfast kat mamak depan umah aku tu laaa..mana lagi ...kalau en. papa cuti...jauh sikit la ...ke tasik titiwangsa laa ...atau kat kampung baru...sanggup tu gi breakfast jejauh tuu...mcm le kat area umah aku tak de kedai makan....;)


Pepagi hari cik ain tak sah kalau tak gi pekena roti canai kat kedai bapak angkat dia...asal celik mata je 'papa..nak akan oti anai'....semua staff kat mamak tu dah kenal cik ain ngan cik alya...sampai je kat mamak tu dorang berlari gi amik soya bean tin yg tak sejuk utk cik ain kat dlm stor...heheheee


cik alya pon sama gak ler...dah jadi pengemar roti canai, tosai dan putu mayam...cik alya leh abiskan sekeping putu mayam...kalau roti canai lak setengah keping jer...


Adeh ...cik alya dah tuntut bedday kek dia...siap tunjuk lagi nak yg mana satu..walaupon beddaynya dah lama berlalu...so en. papa...bila ni nak beli kek utk cik alya...;)


Ni lak bukan masa weekend...ntah bila ntah dorang gi playground...masa ni en. papa offday kot...so petang en. papa bawa la dorang gi memain kat play ground ni...


cik alya lak tengok je la cik ain...dok panjat memanjat...tak per dik..tunggu besar mcm kak ain ...nanti leh laa lawan panjat memanjat yee...


Tengok le wajah ceria cik ain...betapa sukanya dia kalau dapat main kat sini...cik ain cukup alergic ngan signboard 'GIANT' ...dia kenal sangat laaa... "mummy 'Giant' la..'Giant' ..yeeeeees nak men menan...woww' ..excited sungguh....
Photobucket

Wednesday, July 8, 2009

Minum Kopi Awet Muda


KOPI sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam, secawan kopi panas yang segar beraroma memberi nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga kepada penggemarnya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Nestle, orang Melayu adalah peminum terbesar kopi di Malaysia.

Selain memberi nikmat dan kepuasan, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kopi juga mengandungi bahan antioksidas yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.

Presiden Makanan Functional di Fakulti Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Leeds, United Kingdom, Profesor Gary Williamson berkata, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas terbit daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, daripada asap, pancaran matahari (UV), tekanan hidup, tabiat merokok dan sebagainya.

Ia akan membuatkan sel-sel kulit rosak dan kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut, kusam dan pelbagai masalah.

"Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh diuraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidas atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil polyphenols.

"Selain biji kopi, bahan ini juga terkandung dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, bijirin dan kekacang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian saintifik turut merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksidas yang tinggi.

"Antioksidas ini juga mengurangkan kesan penuaan serta risiko penyakit kronik," jelas beliau.

Akan tetapi persoalan yang sering timbul dalam fikiran ialah kuantiti yang patut diambil untuk mencapai tahap kesihatan optimum.

Justeru Williamson berkata, tidak salah jika seseorang misalnya meminum lima hingga enam cawan kopi dalam sehari.

"Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas yang terdapat di dalam minuman koko, jadi minum kopi adalah cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapat perlindungan dari bahan radikal bebas, sekali gus melindungi diri dari pelbagai serangan penyakit kronik," tambah beliau.

Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, antioksidas tetap diperolehi sama ada dalam kopi campuran mahupun kopi yang telah dinyahkafein.

Pada majlis yang sama, Dr. Elke Gerhard-Rieben dari Nestle Switzerland turut menerangkan tentang inovasi kopi sebagai minuman yang mudah dan berkhasiat.

Sebab tu la aku suka minum kopi terutamanya nescafe...awet muda tu...tak yah botok2 ni..cucuk sana cucuk sini...


Photobucket

Tuesday, July 7, 2009

Award dari Mannira


Yesssszaaa...aku dapat award laaa....gumbira...gumbiraanya hati...tocei..tocei pada maa yg memberi award ni kat aku...

Mcm biasa ada la syarat2 tertentu selepas kita terima award ni....berikut adalah syarat2nya....tak banyak mana pon....
1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Bila dah accept award ni..kena la cari 15 org utk terima award ni pulak...adehhh...part ni la yg paling malas ni...aku ada senarai tak sampai 15 orang pon...kalau tak cukup tak per la ye...pada mereka yg dlm senarai ni yg dah terima award ni dari org lain...ignore je la yer...tapi kot korang nak terima pon ok gak....heheheeee
  1. Fida
  2. Ikka
  3. Jue
  4. Iena
  5. Anna
  6. Lyana
  7. Zana
  8. As
  9. Syima
  10. Niza
  11. Ida
Dapat 11 org jer...cukup la kot...so korang terima la yer award dr aku ni...

Wednesday, July 1, 2009

Cik Ain dan Hamsternya

Cik Ain beria ia nak beli hamster@tikus belanda ni...sejak cik ain tengok hamster ni kat umah kawan aku...hari2 cik ain kata nak hamster..nak hamster..... Setiap kali pi giant kota damansara mesti cik ain nak singgah kat pets shop yg ada kat situ...siap tak nak balik lagi ..sbb suka tengok hamster dan kucing parsi yg gebu2...cik alya pon suka gak...terjerit jerit cik alya kalau nampak kucing...heheheee
Nak tak nak en. papa pon terpaksa la memenuhi pemintaan anak tersayang....smlm lepas bawa cik alya cucuk setahun kat klinik...en. papa pon bawa cik ain gi beli ham
ster....cik alya cam biasa laa...lepak umah babysitter laa...kalau cik alya ikut juga ..haru biru la en. papa nanti....hehehee
Pergi la dua beranak dan pakcik (ayah angkat en.
papa) ni ke pasar pudu ...cari hamster kat sana...kot2 kat sana murah...kat pets shop giant kota damansara tu RM 15 sekor....kalau dua ekor dah RM 30 ...plus sangkar lagi RM 40 ...tp mujur la sangkarnya ada org yg sudi sponsor ....sangka 2nd hand...tp masih ok lagi....cuma en. papa beli aksesori dalaman jer...tima kasih atok (ayah angkat en. papa) sbb bg sangkar hamster kat cik ain....
Survey punya survey jumpa ler hamster ni ...harga RM 12 sekor....kena le beli sepasangkan...nnt kesunyian lak hamster tu kan kan...


Tadaaaaaaaaaa....ni la dia dua ekor hamster peliharaan cik ain....cik ain namakan hamster2 ni Upin dan Ipin ...maklum ler peminat fanatik upin dan ipin ...

cik alya yg tak takut langsung ngan hamster...siap nak pegang2 lagi tu...tp aku ttp berjaga2 ...tak bagi cik ain dan cik alya pegang hamster...takut la kan...


Hamster ni cute...tp aku ni geli sikit kalau bab nak pegang2 hamster ni...so utk pagi tadi dan pagi2 seterusnya sebelum kuar gi keje ...en. papa le yg letakkan makanan utk hamster2 ni...nak harap cik ain...mati kebulur la hamster2 tu nnt...cik ain hanya tahu nak usung sangkar tu ke sana sini jer...
Sama2 la kita tengok berapa lama hamster2 ni boleh bertahan hidup dgn cik ain ...;)

Sign My Guestbook